HomeHow We Do ItNewsTeknologi Herbalogi dan Orient bakal hasilkan ubat `masa hadapan’

Teknologi Herbalogi dan Orient bakal hasilkan ubat `masa hadapan’

Diterbitkan di Harian Metro:

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/02/936472/teknologi-herbalogi-dan-orient-bakal-hasilkan-ubat-masa-hadapan

DR Azam (dua dari kanan) dari Herbalogi.ai menjalin bekerjasama dengan penyedia teknologi IoT dan pertanian pintar terkini, Orient Trading.

Kuala Lumpur: Perintis penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi rekaan ubat-ubatan berasaskan bahan semula jadi.

Meskipun metodologi sama boleh digunakan dalam rekaan ubatan sintetik namun bahan semula jadi diyakini mampu menyediakan asas kimia yang padu untuk semua jenis ubatan-ubatan.

Idea hebat itu diketengahkan penyedia penyelesaian kecerdasan buatan (AI) terkemuka dalam industri ubatan herba yang juga syarikat pemula farmaseutikal, Herbalogi.ai apabila bekerjasama dengan penyedia teknologi internet pelbagai benda (IoT) dan pertanian pintar terkini, Orient Trading.

Kerjasama strategik itu bermatlamat mengasaskan ladang IoT untuk penghasilan tumbuhan ubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Herbalogi, EUR ING Dr Azam Che Idris berkata, kerjasama ini akan memanfaatkan kepakaran Herbalogi.ai dalam kecerdasan buatan untuk mencipta formula tumbuhan ubatan baru.

“Manakala Orient akan menyediakan kepakarannya dalam IoT dan pertanian pintar untuk memastikan ladang itu dijalankan pada tahap kecekapan dan produktiviti tertinggi.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Orient untuk membawa teknologi AI kami yang terkini ke dalam industri pertanian.

“Kerjasama ini akan membolehkan kami mencipta produk ubatan herba baru dan inovatif, sambil mempromosikan amalan pertanian yang lestari,” katanya.

Menurutnya, Herbalogi.ai membabitkan saintis dari pelbagai bidang selain satu-satunya syarikat yang menggunakan AI yang dilatih untuk memberi cadangan ekstrak tumbuhan ubatan untuk pelbagai masalah kesihatan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Orient, Azhar Ashari berkata, pihaknya sangat bersemangat untuk bekerjasama dengan Herbalogi.ai untuk mengubahsuai cara tumbuhan ubatan ditanam dan dihasilkan.

“Teknologi IoT kami akan membolehkan pemantauan dan kawalan yang tepat terhadap persekitaran ladang. Ini akan memberikan hasil yang lebih tinggi dan kualiti yang lebih baik daripada tumbuhan.

“Ditubuhkan di Qatar, Orient adalah sebuah konglomerat yang pelbagai. Orient mempunyai pejabat di Mesir, Turki, Sudan, Oman dan Malaysia dengan portfolio perkhidmatan dalam pelbagai industri, dari pembinaan dan pembangunan infrastruktur hingga teknologi dan tenaga bersih.

“Ladang IoT dijangka siap beroperasi sepenuhnya pada 2024, dan akan menyediakan sumber yang boleh dipercayai tumbuhan ubatan berkualiti tinggi untuk pasaran global,” katanya.

Disiarkan pada: Februari 15, 2023 @ 11:25pm


© 2024 HERBALOGI SDN BHD (1485433-X) -  All Rights Reserved. Web by ZAVARI